TEMA : PENDIDIKAN
TEMA : PENDIDIKAN

PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Selain itu,Pendidikan adalah pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekelompok orang yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui pengajaran, pelatihan, atau penelitian. Pendidikan sering terjadi di bawah bimbingan orang lain, tetapi juga memungkinkan secara otodidak.[1] Etimologi kata pendidikan itu sendiri berasal dari bahasa Latin yaitu ducare, berarti “menuntun, mengarahkan, atau memimpin” dan awalan e, berarti “keluar”. Jadi, pendidikan berarti kegiatan “menuntun ke luar”. Setiap pengalaman yang memiliki efek formatif pada cara orang berpikir, merasa, atau tindakan dapat dianggap pendidikan. Pendidikan umumnya dibagi menjadi tahap seperti prasekolah, sekolah dasar, sekolah menengah pertama, sekolah menengah atas, dan Universiti.
Faktor-faktor Yang Meyumbang Kepada Isu Pendidikan
Struktur Pendidikan
Ekuiti Pendidikan
Data/Statistik

MENGENAL PASTI KEPELBAGAIAN POTENSI MURID
https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/10/cara-penyelesaian-yang-boleh-diambil.html
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
Selain itu,Pendidikan adalah pembelajaran pengetahuan, keterampilan, dan kebiasaan sekelompok orang yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui pengajaran, pelatihan, atau penelitian. Pendidikan sering terjadi di bawah bimbingan orang lain, tetapi juga memungkinkan secara otodidak.[1] Etimologi kata pendidikan itu sendiri berasal dari bahasa Latin yaitu ducare, berarti “menuntun, mengarahkan, atau memimpin” dan awalan e, berarti “keluar”. Jadi, pendidikan berarti kegiatan “menuntun ke luar”. Setiap pengalaman yang memiliki efek formatif pada cara orang berpikir, merasa, atau tindakan dapat dianggap pendidikan. Pendidikan umumnya dibagi menjadi tahap seperti prasekolah, sekolah dasar, sekolah menengah pertama, sekolah menengah atas, dan Universiti.
Faktor-faktor Yang Meyumbang Kepada Isu Pendidikan
Struktur Pendidikan
Beberapa isu berkaitan dengan struktur pendidikan antaranya
termasuklahstruktur pendidikan menengah yang tidak selaras kurang menepati
keperluan,misalnya:
• Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia
tidak samadengan kebanyakan negara lain di dunia;
•Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi
PengajianTinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan;
•Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan
merekaselepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
•Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.
Akses Pendidikan
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah
memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and
Communication Technology (ICT) dalam
pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah
melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti
utama penyediaan infrastruktur ICT.Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah
tersebut adalah berkaitan dengan:
• pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah
bandar danluar bandar;
•perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar
diperoleh;
•latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem
komputerdi sekolah yang kurang berkesan;
•penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah;
dan
•bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan
setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid
dan guru celik ICT.
Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap
institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan
mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan
kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang
meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta
program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan
jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school ) dan sekolah
kurang beruntung (disadvantaged school).
Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program
tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang dapat menikmati
kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang
dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak
mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai
contoh,kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti
bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar
atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan
pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.
Tenaga pengajar
Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi
isu dalam pelaksanaan pendidikan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik
yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian
Pelajaran Malaysia, pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru
perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar,
khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau
mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Keadaan ini juga
turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru
mengikut opsyen. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar
di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar
mata pelajaran kritikal seperti Matematik,Sains dan Bahasa Inggeris bagi
memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan
tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada
pelajar mula dipertikaikan.
Program PPSMI
Sejajar dengan matlamat ingin melahirkan pelajar yang
“bertaraf dunia”, KPM juga telah melaksanakan Program Pengajaran dan
Pembelajaran Matematik danSains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Walau
bagaimanapun penggunaan bahasa Inggeris sebagai pengantar subjek sains dan
matematik telah mendapat respon yang negatif daripada rakyat. Ini kerana
penggunaan bahasa asing bukansahaja merosakan kedudukan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa ilmu, tetapi turut memusnahkan reputasi pelajar, khususnya di
luar bandar. Mereka belajar melalui medium yang mereka tidak faham. Komunikasi
tidak berkesan dalam pelajaran sudah tentu memberi kesan yang buruk.
Isu-isu dalam sistem pendidikan
Selain isu-isu yang dikemukakan di atas, terdapat pelbagai lagi isu yang timbul berkenaan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan, antaranya:
•Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership )yang berkesan;
•Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;
•Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan sertakeupayaan yang berbeza;
•Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin
sepenuhya;
•Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengansekolah di negara maju adalah terhad;
•Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematikdan berkesan;
•Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnyadaripada aspek pemberian bantuan;
dan
•Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

EKSKLUSIF:
Graduan, siswazah miskin, B40 sukar dapat kerja .
LANGKAH-LANGKAH ATASI ISU PENDIDIKAN :
Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya. Selain itu, untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikan peluang kepada guru yang baru.
Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya. Selain itu, untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikan peluang kepada guru yang baru.
MENGENAL PASTI KEPELBAGAIAN POTENSI MURID
Mengenal pasti kepelbagaian potensi murid merupakan satu elemen yang sangat penting untuk dikuasai oleh setiap guru di Malaysia. Setiap pelajar mempunyai sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif, kematangan sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, minat dan potensi. Selain itu terdapat juga faktor lain seperti kepelbagaian daripada aspek kecerdasan, latar belakang sosial dan juga ketidaksamaan antara pelajar dengan kurikulum yang disediakan. Setiap kepelbagaian potensi pelajar ini hendaklah diketahui oleh setiap guru supaya segala kelebihan murid-murid dapat dikembangkan dengan lebih teratur. Kemahiran mengenal pasti kepelbagaian potensi murid ini semestinya mampu menyangkal dakwaan yang diberikan oleh masyarakat bahawa para guru tiada kemampuan untuk memanipulasi kepelbagaian potensi murid demi perkembangan murd itu sendiri.
Para guru hendaklah menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang akan menjamin pembelajaran yang efektif termasuklah penggunaan bahan-bahan yang berlainan dan bukan hanya berfokuskan kepada buku teks. Para guru hendaklah cakna bahawa generasi Y dan Z lebih cekap dalam menggunakan paparan skrin yang boleh disentuh iaitu penggunaan gajet. Manakala bagi murid-murid yang berada di kawasan luar bandar, mereka lebih cenderung kepada pembelajaran di luar kelas seperti lawatan di luar kelas dan juga aktviti berkumpulan. Oleh yang demikian, para guru hendaklah lebih fleksibel dengan keadaan semasa serta guru hendaklah menyesuaikan diri dalam sebarang situasi tanpa mengira di kawasan bandar mahu pun luar bandar. Hal ini dapat mengelakkan isu falsafah dalam pendidikan berlaku dalam kalangan guru.
Guru-guru mestilah pandai untuk menggunakan satu spektrum kecerdasan dan pengalaman multi-sensori untuk mencungkil kepelbagaian potensi murid. Oleh yang demikian, pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian murid yang wujud sekarang bukan hanya dilihat pada tahap pembelajaran sahaja malahan guru-guru seharusnya memberikan pemerhatian yang teliti terhadap faktor-faktor kepelbagaian murid. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya memandang ini sebagai suatu masalah, tetapi melihatnya sebagai suatu sumber untuk menggalakkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Tidak lupa juga gandingan kerjasama antara badan-bdan pendidikan untuk menyelesaikan isu-isu falsafah yang terdapat dalam pendidikan diperlukan bagi mengatasi masalah ini.
Kaedah Meningkatkan Pencapaian Para Murid
Para guru hendaklah memastikan setiap murid berjaya serta menyediakan sokongan bagi murid yang ketinggalan. Pihak atasan hendaklah menetapkan akautabiliti kepada sekolah dalam melaksanakan perubahan ke atas pencapaian pelajar sebagai ganjaran kepada peningkatan pelajar. Guru hendaklah membuat pelaburan dalam pemimpin terbaik di setiap sekolah. Guru juga hendaklah meningkatkan daya tarikan keguruan dan menjadikan profesion keguruan lebih baik supaya dapat menghasilkan individu berkebolehan. Guru juga hendaklah membuat kajian tentang tokoh-tokoh supaya dapat menjadi yang lebih baik.
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika
1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan
Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan
pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar
perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang
berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini.
Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi
secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa
seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di
peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu
menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah.
Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan
pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan
tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta
menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan
negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini.
1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada jika
Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:
- sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah.
- prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.
- tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah mahir.
- peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK.
- hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, dari pandangan ahli kumpulan saya , semua
pihak perlu bersikap positif serta faham mengapa program pendidikan inklusif
ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana sokongan dari semua
pihak khususnya pihak pentadbir,guru,masyarakat,ibu bapa dan murid memainkan perana
penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.
KESIMPULAN
Konklusinya, pada era globalisasi ini atau dunia tanpa
sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era
transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan
pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu
bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak
mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di
institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran
mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran
kehidupan yang semakin sengit.
Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa,
dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia
tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat
isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu
dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan
pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
itu sendiri.
RUJUKAN
SUMBER INTERNET

Comments
Post a Comment