Article : Adakah Budi Bahasa Bukan Lagi Budaya Kita
Adakah budi
bahasa bukan lagi budaya kita?
ULASAN; Budi bahasa budaya kita merupakan satu
slogan kebanggaan negara kita. Budi bahasa ialah norma kehidupan masyarakat
Malaysia yang terkenal dengan santun perkataannya dan indah pertuturannya. Pada
hari ini, masyarakat Malaysia masih lagi terkenal dengan tinggi pekertinya, dan
mulia sifatnya.
Denyut nadi kempen budi bahasa budaya kita yang
bermula pada 11 Februari 2005, kemudian diberi penjenamaan semula lima tahun
selepas itu dengan nama Budi Bahasa dan Nilai-nilai murni, kini boleh dikatakan
sedang dalam kritikal semula selepas 11 tahun usianya.
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini,
kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?
Objektif utama budi bahasa budaya kita adalah untuk
melahirkan warganegara yang bersopan santun dan mempunyai ramah mesra dalam
kalangan masyarakat. Bermula daripada barisan hadapan kerajaan hinggalah kepada
segenap lapisan masyarakat.
Barisan hadapan kerajaan adalah fokus utama dalam
kempen ini. Layanan yang diberikan oleh pegawai kerajaan terutamanya mereka
yang berada dalam sektor perkhidmatan, merupakan cerminan utama keberkesanan
kempen kerajaan ini.
Malaysia boleh berbangga dengan barisan hadapan kerajaan
misalnya bermula dari pramugari penerbangan Malaysia yang tidak lokek dengan
senyuman dan sopan santun ketika melayan mereka yang baru dalam perjalanan ke
Malaysia.
Tiba di Malaysia, teksi yang menyapa pelancong untuk
menawarkan khidmat ke serata tempat di negara indah ini tidak pernah lekang
senyumannya dari bibir. Pelancong tiba ke “homestay” keluarga yang penuh sopan
melayan kerenah orang luar negara dengan senyuman manis tidak lekang di bibir.
Di serata Malaysia, ramah mesra yang diterima
menjadikan pelancong luar negara merasakan Malaysia ini seolah-olah semuanya
bersaudara. Sayangnya, coretan ini hanyalah angan semata-mata.
PENGENALAN
Masyarakat Malaysia amat terkenal dengan budi bahasa yang tinggi. Kalau
korang tak percaya, lihat sahajalah bagaimana masyarakat Melayu berinteraksi
sesama mereka, penuh dengan kesopanan dan kelembutan. Kalau korang masih tak
percaya, cuba lihat bagaimana sikap masyarakat kita melayani tetamu yang datang
kat rumah diorang – mereka akan dilayan dengan penuh sopan dan seperti ‘raja’. Ini
belum cerita lagi tentang sastera masyarakat Malaysia yang kaya dengan mesej
berhikmah dan teguran-teguran pedas. Memang itulah identiti masyarakat kita,
kalau ‘menegur’ pun, akan berlapik dan diulam dengan bahasa yang indah.
Takdelah orang ditegur tu akan naik angin.
Malangnya, banyak aduan tentang orang-orang yang tak berbudi
bahasa, khususnya pekerja kerajaan…
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ni, kita kembali
semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita? Objektif
utama budi bahasa budaya kita adalah untuk lahirkan warganegara yang bersopan
santun dan mempunyai ramah mesra dalam kalangan masyarakat. Bermula daripada
barisan hadapan kerajaan hinggalah kepada segenap lapisan masyarakat.
Bila cakap tentang pekerja-pekerja yang ada kat sektor kerajaan, ramai
gak yang kata diorang ada masalah budi bahasa. Layanan yang diberikan oleh
pegawai-pegawai kerajaan terutamanya mereka yang berada dalam sektor perkhidmatan,
merupakan cerminan utama – seserius mana kerajaan nak perkasakan budi bahasa
ni.
Barisan hadapan kerajaan merupakan mereka yang paling selalu
dikritik kerana kurangnya santun dalam berbicara dan takde senyuman mesra dari
bibir mereka. Walaupun bukan semua, tapi segelintir yang buat angkara ni telah
rosakkan imej kerajaan yang sememangnya mengamalkan dasar mesra pelanggan.
Aduan dan teguran yang diterima oleh diorang
yang datang untuk dapatkan perkhidmatan kena diambil serius bagi memastikan
nama baik perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan masih lagi menjadi pilihan
utama. Tapi benda ni bukan semualah pekerja kerajaan tak berbudi bahasa, kami
selalu je berurusan dan bertuah kerana dilayan dengan penuh senyuman dan
keceriaan.
Barisan harapan kerajaan
Barisan hadapan kerajaan kini, merupakan mereka yang paling
selalu dikritik kerana kurangnya santun dalam berbicara dan tiada senyuman
mesra dari bibir mereka. Walaupun bukan semua, tetapi segelintir yang membuat
angkara ini telah merosakkan imej kerajaan yang sememangnya mengamalkan
dasar mesra pelanggan.
Pembaharuan perlu dibuat, aduan dan teguran yang diterima oleh
mereka yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan haruslah diambil secara
serius bagi memastikan nama baik perkhidmatan yang ditawarkan kerajaan masih
lagi menjadi pilihan utama mereka yang telah memberikan kepercayaan
melalui undian.
Selain itu, budi bahasa juga dilihat semakin tidak menjadi
budaya dalam masyarakat khususnya dalam media sosial. Pada hari ini,
tohmahan, fitnah, kata-kata kesat diguna secara meluas tanpa segan silu.
Kepesatan perkembangan teknologi telah menjadikan kita hilang budi bahasa
yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Di media sosial, setiap orang langsung tidak hiraukan pendapat
dan perasaan orang lain apabila hendak mengatakan sesuatu perkara.
Gelaran-gelaran yang diberikan terhadap orang lain sangat memalukan untuk
ditulis di ruangan ini. Yang paling tidak sopan dan paling kerap digunakan
ialah perkataan ‘macai’ yang bererti pencacai (pengangkut najis).
Gelaran ini diberikan kepada mereka yang terlalu taksub dengan
pendirian seseorang individu mahupun parti politik. Tidak adakah bahasa yang
lebih sopan untuk kita menulis di ruangan komen yang boleh dilihat oleh orang
awam?
Bahasa yang digunakan hanyalah salah satu daripada kesalahannya.
Di media sosial juga, fitnah dan tuduhan disebarkan secara meluas tanpa usul
periksa. Lihat sahaja kes terbaru penyebaran berita yang mendakwa seorang
pemain bola sepak dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Salah guna media
sosial
Perkara ini
menjejaskan karier seseorang dan boleh membuat masyarakat tersalah sangka.
Banyak lagi yang rata-rata masyarakat Malaysia tahu kesan penyalahgunaan media
sosial ini yang telah menghakis nilai murni dalam kalangan kita.
Saranan agar penguatkuasaan
undang-undang siber dikemaskini sememangnya satu langkah bijak, tetapi yang
paling penting ialah penyuburan semula budi bahasa dan nilai murni dalam rakyat
Malaysia secara lahiriah dan batiniah.
Secara umumnya, persoalan budi bahasa bukan lagi budaya kita muncul kerana beberapa faktor di Malaysia. Pertama, kurangnya ramah mesra dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmatan iaitu antara organisasi dan pelanggan. Pelanggan yang tidak mesra hari ini, besar kemungkinan adalah kerana kebanyakannya ialah warga asing yang tidak peka dengan amalan budi bahasa budaya kita.
Secara umumnya, persoalan budi bahasa bukan lagi budaya kita muncul kerana beberapa faktor di Malaysia. Pertama, kurangnya ramah mesra dalam kalangan mereka yang menawarkan perkhidmatan iaitu antara organisasi dan pelanggan. Pelanggan yang tidak mesra hari ini, besar kemungkinan adalah kerana kebanyakannya ialah warga asing yang tidak peka dengan amalan budi bahasa budaya kita.
Bukan itu sahaja,
budi bahasa juga dikatakan semakin tidak wujud berdasarkan sikap pemandu
Malaysia di jalan raya, sampah sarap yang dibuang merata-rata dan juga
kemudahan awam yang dirosakkan dengan sengaja. Ini ditambah lagi dengan sikap
perokok tegar yang merokok di kawasan larangan merokok dan juga sikap tidak
bertolak ansur ketika menggunakan perkhidmatan awam.
Mungkin ada
segelintir yang tidak setuju dengan contoh-contoh yang diberikan, tetapi tidak
dapat dinafikan pada hari ini, kebaikan yang sedikit seperti memberi tempat
duduk kepada wanita mengandung dan membantu orang buta melintas dianggap
sebagai hero kerana ia sudah terlalu jarang dilihat walhal ia adalah asas dalam
hidup bermasyarakat.
Menyedari masalah
ini, beberapa pendekatan harus diambil. Langkah pertama haruslah bermula dengan
diri sendiri, di mana masyarakat Malaysia harus ada simpati dan empati sesama
kita untuk kembali menyuburkan budi bahasa dalam jiwa masyarakat Malaysia.
DATA
Dengan kepesatan
teknologi, bahasa pulak semakin terhakis
Budi bahasa juga
dilihat semakin tak jadi budaya dalam masyarakat khususnya dalam media sosial.
Pada hari ni, tohmahan, fitnah, kata-kata kesat diguna secara meluas. Kepesatan
perkembangan teknologi telah jadikan kita hilang budi bahasa yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia. Kat media sosial, setiap orang langsung tak
hiraukan pendapat dan perasaan orang lain apabila hendak mengatakan sesuatu
perkara. Keadaan
ni boleh disebutkan – bahasa bangsa yang sudah tidak berjiwa.
Jika inilah bahasa bangsa yang bangga dengan keagungan
sejarahnya, ke mana ‘jiwa’ bangsaku telah hilang? Siapa yang mencurinya?
Barangkali pemikiran orang-orang istimewa ni telah dimampatkan dengan perihal
politik sentimen dan kebencian melampau terhadap sesuatu kumpulan, sehingga
jarinya bebas menari untuk memaki sesiapa sahaja yang difikirnya tidak sealiran.
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI ISU
Pembentukan jati
diri
Seterusnya, kita
haruslah mendidik generasi muda untuk bersopan santun dan hidup dengan nilai
murni. Pendidikan dari rumah, hinggalah sekolah haruslah menekankan
nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan jati diri.
Setiap institusi
harus mempunyai usaha untuk mengekalkan nilai murni dan sifat berbudi bahasa
ini akan kekal menjadi budaya kita. Langkah yang paling berkesan ialah,
kerajaan, melalui pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh masyarakat kita pada hari
ini haruslah menjadi contoh ikutan.
Pemimpin yang
berbudi bahasa, ramah dan mesra sepanjang masa bukan hanya ketika pilihan raya
haruslah menjadi contoh tauladan. Jika pemimpin sibuk dengan bergaduh dan
menuduh menggunakan bahasa yang kurang enak didengar, maka itulah yang akan
menjadi ikutan pengikutnya.
Kepimpinan melalui
tauladan akan menjadikan kempen yang 11 tahun usia ini kembali bernafas seperti
sediakala.
Sehingga ke hari
ini, budi bahasa masih lagi wujud dalam budaya rakyat Malaysia tetapi sifatnya
sedikit demi sedikit sedang dihakis. Menjunjung prinsip kelima Rukunegara
kesopanan dan kesusilaan, maka marilah kita kembalikan semua kemegahan kita
yang menjunjung tinggi prinsip budi bahasa budaya kita.
Tingkap papan kayu
bersegi,
Sampan sakat di
Pulau Angsa,
Indah tampan kerana
budi,
Tinggi darjat
kerana bahasa
PENUTUP
(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa
dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai
taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia.
‘Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok
itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan berbudi bahasa
dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang
mengatakan bahawa budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat
luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggan masyarakat
timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula.
Lantaran itu, semua pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan
mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing kayuh dalam menanam
amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya
mengharapkan sebelah pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam
setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa
ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz
pernah berkata, “Malaysia yang aman dan damai akan lenyap dalam sedikit masa
jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari
jiwa mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk
seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus dari memori setiap
rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah
negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi bahasa rakyatnya.


Comments
Post a Comment