Article : Memperkasa Amalan Budi Bahasa Dalam Kalangan Gen Y


                     

                           Memperkasa Amalan‘Budi Bahasa Budaya Kita’
                       Dalam Kalangan Gen Y Melalui Penggunaan Media Sosial
Oleh,
Prof. Madya Dr. Jamilah Hj. Ahmad Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir
ULASAN
Budi bahasa merupakan elemen penting yang perlu ada dalamdiri setiap individu kerana ia melambangkan peribadi dansahsiah diri seseorang itu. Namun sayangnya pada masa kini budi bahasa tidak lagi dilihat sebagai elemen penting yangmenyempurnakan peribadi seseorang. Peredaran zaman serta perkembangan teknologi semasa menjadi salah satu sebabmengapa amalan budi bahasa seakan dipinggirkan terutamanyaoleh Gen Y pada masa kini. Dewasa ini amat mudah untuk kitamelihat cara Gen Y berkomunikasi dan berkelakuan jelasmenunjukkan mereka kurang menyantuni sifat berbudi bahasadalam diri mereka. Oleh itu adalah penting untuk mengambillangkah yang drastik dan pantas dalam memupuk kembaliamalan berbudi bahasa dalam kalangan Gen Y kerana merekamerupakan generasi pemimpin yang akan memimpin negara dimasa hadapan. Mana mungkin negara Malaysia yang tercinta iniakan maju dan disegani ramai jika barisan pemimpin danrakyatnya tidak mencerminkan mereka bertamadun. Atas dasaritu, kajian ini dijalankan adalah untuk mencari pendekatanterbaik dalam memperkasa kembali amalan berbudi bahasadalam kalangan Gen Y dengan mengambil peluang penggunaanmedia sosial sebagai medium terbaru yang boleh digunakandalam menarik minat Gen Y untuk mengaplikasikan amalan berbudi bahasa dalam kehidupan seharian mereka.


PENGENALAN
Menurut Kementerian Penerangan Malaysia (2015), budi merangkumi persoalan akal, rasa, jiwa, akhlak, etika dan moraldi mana rumpunnya yang bersirat adalah akal budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Bagi budi pekerti pula, ia adalah merujuk kepada perlakuan yang baik, tertib dansopan seperti memberi salam dan menghormati orang yanglebih tua. Budi pekerti juga adalah amat berkait rapat denganrasa malu di mana malu di sini adalah merujuk kepada maksudyang positif bukannya negatif seperti malu jika tidak berjaya,malu jika tidak berusaha serta malu jika tidak mengamalkan amalan hidup yang berbudi bahasa.Selain daripada itu, budi bahasa juga adalah di antara aspek peribadi seseorang individu yang dinilai tinggi oleh masyarakat.Gambaran ini dapat dilihat dalam pertuturan dan pemilihankata-kata yang digunakan. Orang yang berbudi bahasa mudahdidampingi dan mereka akan menggunakan kata ganti namaapabila berkomunikasi. Penggunaan bahasanya cukup indah, betul, benar, baik, dan penggunaan bahasa yang tepat(Kementerian Penerangan Malaysia, 2015). Namun, budi bahasa kini tidak lagi menjadi perkara pentingyang diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat. Hal inikerana, masyarakat Malaysia dikatakan sudah hilang budi dan bahasanya ekoran sikap tidak berbudi bahasa yang semakinmenonjol dalam kalangan masyarakat masa kini. Bercakapkasar serta tidak menghormati orang tua dapat adalah di antaraamalan tidak berbudi bahasa yang semakin banyak dilakukanoleh masyarakat terutamanya oleh Gen Y masa kini (UtusanMalaysia, 2014).

OBJEKTIF KAJIAN
Masyarakat Malaysia pada masa kini dilihat semakin hilang punca terutamanya dalam aspek berkaitan dengan budi bahasa.Lihat sahaja bagaimana generasi muda pada masa kini yangkurang bijak dalam menzahirkan rasa hormat kepada golonganyang lebih berusia sehinggakan perilaku yang mereka anggapsopan sebenarnya tidak mencerminkan sikap yang sebenar. Halini berlaku disebabkan oleh kurangnya aspek pendidikan yang berkaitan dengan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.Pendidikan budi bahasa tidak semestinya dijadikan subjek tetap,tetapi ia sudah memadai jika guru-guru dan cendekiawan dalam bidang berkenaan boleh mendidik dan menanam amalan murni ini dalam kehidupan masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA TERJADINYA ISU
Menurut Robbins, Decenzo dan Coulter (2011), GenY merujuk kepada kumpulan populasi termasuk individu yang dilahirkan sekitar tahun 1990 hingga 2001 merupakan Gen Y hidup dalam dunia internet dan teknologi dan merekab sentiasa mahukan sesuatu yang mencabar. Mereka amat bosandalam menjalani rutin harian yang sama tetapi amat menyukai kegiatan sosial. Perkara yang paling penting bagi Gen Y ialahmereka hidup dalam dunia yang membolehkan mereka dapat berhubung dan berinteraksi dengan secara global tanpasempadan. Selain itu, Gen Y juga dianggap sebagai generasi yang dilahirkan dalam dunia teknologi dan mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai dunia digital melebihi ibu bapa dan para guru mereka. Pengetahuan teknologi yang dipertingkatkan telah meletakkan generasi ini kedalam satu era yang membolehkan teknologi diakses oleh sesiapa sahaja dan di mana jua. Terdapat ciri-ciri ketara yang dapat dilihat dalam diri Gen Y.Antaranya ialah mereka inginkan kebebasan dalam membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan danintegriti. Tambahan lagi, generasi ini juga adalah amatcenderung kepada kolaborasi dan hubungan di antara satu samalain, interaktif serta inginkan sesuatu secara cepat dan pantas.Dalam persekitaran kerja, Gen Y memerlukan aspirasi untukkerjayanya. Mereka amat sukakan cabaran dalam bekerja danakan berasa bosan sekiranya kerja yang diberikan tidak mencabar kebolehan mereka. Selain itu, Gen Y amat menyukaiseandainya hasil kerja mereka diterima dan dihargai olehmajikan di samping memerlukan motivasi dalam bentukkepercayaan berbanding wang ringgit dalam memastikan kerjayang dilakukan memenuhi kehendak dan piawaian yangditetapkan oleh organisasi.
GenY juga dikenali sebagai generasi teknologi maklumat. Diantara televisyen dengan internet, Gen Y akan lebih memilihdan beranggapan bahawa internet adalah lebih penting berbanding dengan televisyen dan mereka tidak peduli denganketiadaan televisyen. Generasi ini sudah tidak dapat dipisahkanlagi dengan internet dan tidak bergantung sepenuhnya kepadamedia massa. Gen Y ini adalah generasi yang pada lahirnyasudah berhadapan dengan pelbagai aplikasi yang terdapat didalam internet seperti Google, Facebook dan Twitter sertagenerasi yang bebas bersosial dan menyuarakan pendapat disamping akan memilih saluran berita dan hiburan mengikutkehendak mereka sendiri di atas talian. Pengaruh persekitaran dikatakan menjadi faktor utama yangmenyumbang kepada pembentukan dan perkembangan tingkahlaku Gen Y. Selain itu, permodenan dan perkembangan pesat negara juga dikatakan turut menyumbang kepada perubahantingkah laku golongan ini. Walaupun Gen Y merupakangenerasi yang cerdik pandai, namun mereka sangat mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

DATA DAN STATISTIK
Media Sosial: Statistik dan Tahap Penggunaannya diMalaysia
Berkembangnya teknologi komunikasi dan maklumat telahmemperluaskan cara masyarakat berkomunikasi di antara satu sama lain. Media sosial bukan sahaja telah mencetuskan fenomena yanghebat di seluruh dunia malah turut mencetuskan fenomenanyayang tersendiri di Malaysia. Menurut statistik yang dikeluarkanoleh wearesocial.sg (2014) yang merupakan sebuah AgensiMedia Sosial di Singapura, sehingga bulan Januari 2014,Malaysia berada di kedudukan ke-7 sebagai negara yang palingaktif menggunakan media sosial di Asia Pasifik iaitu sebanyak53%.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Alexa.com (2013),terdapat 10 jenis media sosial yang paling popular dan banyakdigunakan oleh masyarakat Malaysia pada tahun 2013. Beradadi tempat pertama di antara 10 jenis media sosial yang paling popular dan banyak digunakan tersebut adalah Facebook, iaitusebanyak 13 juta, diikuti dengan Youtube , 6 juta, Twitter, 1.6 dan lain- lain.
KEDUDUKAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

Ranking
Media social

1.        
Facebook

2.        
Youtube


3.        
Twitter

4.        
Linkedin

5.        
Tumblr

6.        
Tagged

7.        
Pinterest

8.        
Weibo

9.        
Says

10.    
Cari member



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU  
Dalam merealisasikan hasrat menjadikan ‘Budi Bahasa BudayaKita’ sebagai amalan dalam kehidupan masyarakat, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan Warisan (KEKWA) telahmelancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni padatanggal 11 Februari 2005. Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Di antara perbuatan yang tidak berbudi bahasa yang dinyatakan dalam kempen tersebut adalah seperti situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya, orang ramai membuang sampah sesuka hati, memotong barisan dan tabiat memandu yang kurang sopan serta merbahaya, tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan, kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam dan banyak lagi. Bagi menjayakan kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’, pelbagai strategi telah dilakukan dalam menyebarkan amalan ini agardapat mempengaruhi masyarakat untuk mengamalkannya dalamkehidupan seharian.
 Di antara strategi yang dilakukan adalah seperti  penyebaran mesej amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’melalui lagu yang disiarkan di televisyen dan radio serta penerbitan kata-kata hikmah dan nasihat mengenai amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ yang dicetak di atas poster dan papan iklan yang dipaparkan di lebuhraya dan jalan-jalan raya di mana ia boleh dilihat dan di baca oleh masyarakat. Selain daripada itu, iklan mengenai amalan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ juga disiarkan di media cetak dan elektronik seperti di dalam buku, akhbar, televisyen dan radio secara berulang kali demimemastikan ia dapat mempengaruhi perlakuan dan tingkah lakumasyarakat dalam mengamalkan amalan murni ini. Seterusnya, pada Jun 2011, Bernama (2011) melaporkan bahawa Kempen ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ akan diberikannafas baru dan bakal dikenali sebagai ‘Kempen Adab danSopan’ supaya lebih mudah difahami dan diterima olehmasyarakat pelbagai kaum seperti yang dinyatakan oleh MenteriPenerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr RaisYatim. Pendekatan adab dan sopan dipilih adalah kerana ia berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara yang kelima iaituKesopanan dan Kesusilaan yang masih belum lagi diterokaisepenuhnya di samping bagi menyemarakkan lagi kempen nilaimurni dalam kalangan masyarakat.

Kesimpulan
Media sosial merupakan teknologi masa kini yang digunakansecara meluas oleh Gen Y dan seterusnya menjadi teknologiyang paling dekat dan berpengaruh dalam kehidupan Gen Y.Oleh itu, media sosial haruslah dimanfaatkan dan digunakan semaksimumnya bagi memperkasa amalan ‘Budi BahasaBudaya Kita’ dalam kalangan Gen Y di Malaysia. Hal inikerana, tahap penggunaan media sosial yang tinggi oleh Gen Ymenunjukkan petanda positif dan peratusan yang tinggi untukmempengaruhi Gen Y mengaplikasikan amalan ini dalamkehidupan mereka jika amalan ini dididik dan disebarluaskanmelalui media sosial.


Comments

Popular Posts