Tanggungjawab terhadap masyarakat
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT
Manusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang tidak dapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-tengah masyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunyai kepentingan yang pelbagai.
Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan peranannya sesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kelainan upaya [OKU] dan warga emas
Menghulurkan bantuan
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkara tentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahulu diketahui oleh mereka yang selalunya berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itu sahaja, masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta pertolongan kecemasan ketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian.
Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan masyarakat yang baik dapat mambantu orang lain ketika diperlukan. Pengorbanan seupama ini sememangnya tidak mudah untuk melupakan oleh sesiapapun. Jadi, semakin kerap kita menolong orang lain, semakin kuatlah ikatan hubungan kita dengan ahli komuniti.
Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau jambatan akibat banjir, ribut serta kebakaran sememangnya dapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga merupakan salah satu bentuk saluran pertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup berkomuniti
Menjaga keharmonian
Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk mencegah segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Jika setiap masyarakat bertanggungjawab untuk memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib setiap kali mereka menyedari berlakunya perkara-perkara ganjil dan meragukan seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan sebagainya dapat dibendung dengan senang.
Oleh sebab itu, jika masyarakat tabah untuk bersuara tentang gejala-gejala sosial seperti ini kepada pihak berkuasa, kerajaan juga dapatlah untuk mengurangkan segala perkara-perkara ganjil seperti ini dan masyarakat seperti berikut juga akan berasa takut untuk melakukannya perkara tersebut. Pepatah “jangan jaga tepi kain orang” perlu diubah untuk memastikan isu sosial yang wujud pada hari ini.
Selain itu, semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertolenrasi antara masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur, mengawal diri, sabar demi mengelakkkan pertelingkahan serta perselisihan faham untuk kesejahteraan hidup.
Dengan cara ini masyarakat bolehlah hidup dengan aman dan damai di tempat tinggal kita.
Kita haruslah hidup harmoni tanpa mengira warna kulit,bangsa dan agama di negara Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk.
Sebagai contohnya, kita haruslah menerima dan menghormati adat istiadat sesuatu agama atau suku kaum. Selain itu, kita juga boleh kunjung –megunjungi jiran tetangga yang berlainan bangsa dan budaya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Krismas dan lain-lain.
Menjaga kebajikan
Komuniti yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapat manjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktiviti seperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja. Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesama sendiri.
Di samping itu, demi menjaga kebajikan bersama kita hendaklah menghindarkan daripada menyakiti sesama sendiri. Setiap individu perlu menjaga dari segi perbuatan mahupun lisan atau percakapan kerana percakapan yang kasar dapat menyakiti hati seseorang dengan dalam sekali dan mereka akan ingat sampai bila-bila.
Perbuatan menyakiti hati orang lain yang harus menghindarkan adalah seperti mengumpat, menghina, berdusta dan sebagainya. Setiap agama juga melarang pengikutnya untuk menyebarkan keburukan tentang orang lain demi menjaga aib dan maruah individu tersebut.
Amalan bertegur sapa dan kunjung-mengunjungi
Sikap amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan salah satu titik permulaan terjalinya hubungan yang erat dan mesra dalam kalangan masyarakat. Kelompak manusia yang suka bertanya khabar dengan masyarakat sekeliling boleh menwujudkan silaturahim yang amat baik. Menerusi amalan bertegur sapa, hubungan boleh menjadi lebih erat dan apabila mereka saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman mereka sesama sendiri.
Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap individu dan menjadi syarat utama dalam membentuk hubungan akrab serta selesa hidup dalam berkomuniti. Dengan ini, ibubapa juga berperanan untuk mengajar anak-anak mereka dari kecil mengenai betapa pentingnya amalan ini.
Aktiviti meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagi semangat kejiranan. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahi mereka. Sebagai contoh, Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Melalui perayaan seperti ini, secara langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di samping memupuk perpaduan antara masyarakat. Kebaikan lain ialah kita dapat berkumpul dan berbincang sambal menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kita dapati bahawa setiap individu yang di atas muka bumi harus melaksanakan segala tanggungjawab yang penting terhadap masyarakat dengan tepat dan teliti untuk menjamin segala kebahagian dalam kehidupan mereka sendiri dan dalam kehidupan orang lain. Seandainya kita mengabaikan dan tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat maka akan timbul pelbagai masalah social yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping wujud penyesalan dalam diri sendiri.
Melalui melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat , kita juga boleh membaiki diri kita. Contohnya dapat menanamkan disiplin yang tinggi dalam diri kita. Selain itu, kita juga boleh mengahargai waktu kita dan dapat menghabiskan masa lapang kita dengan perkara-perkara yang sangat berguna selaras dengan peribahasa masa itu emas. Seterusnya orang lain juga akan percaya dengan kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan tepat dan kita akan berpandang tinggi oleh orang ramai. Dengan ini kita boleh simpulkan bahawa melalui melaksanakan segala tanggungjawab dengan tepat dan teliti hanya bukan satu perkara yang dapat menolong orang lain tetapi dapat membantu diri sendiri untuk kearah yang lebih cemerlang.

Comments
Post a Comment