Article: Budi Bahasa Budaya Kita


                                                      Budi Bahasa Budaya Kita

ULASAN

Kempen berbudi bahasa dan amalan murni ini dijayakan oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Kerajaan Negeri, Kementerian-Kementerian Penerangan, Pelajaran, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengajian Tinggi, Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan-Kerajaan negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta. Di dalam beg yang dibekalkan, disediakan buku panduan serta bahanbahan kempen lain yang diperlukan. Kami di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan memantau bersama kemajuan atau kelemahan kempen hingga ke daerah-daerah dan setiap kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Kempen akan berjalan selama lima tahun, dan kita akan cuba mengekalkan minat dan pencapaian dengan mengadakan pelbagai pendekatan dan olahan. Kita akan cuba menyemarakkan kempen ini sepertimana rakyat menjayakan Kempen Bahasa Kebangsaan pada tahun-tahun 60'an dahulu. Kempen ini memerlukan tindakan bersepadu yang berterusan daripada semua pihak. Dari sektor awam hingga ke sektor swasta dan masyarakat umum, kita harus mencapai matlamat bagi membudayakan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni dalam hidup harian kita sehingga ia menjadi satu warisan bangsa Malaysia yang dikagumi dunia.

PENGENALAN

Budi Bahasa merupapakn abdomen penting dalam tubuh masyarakat. Jika abdomen budi Bahasa berfungsi dengan baik, sendi-sendi bangsa akan terjana dengan cekap dan mudah. Sekali gus, abdomen ini akan menjanakan enjin atau sistem serta unit lain seperti sel agama, tisu bangsa dan organ negara. Kompetensi utama ke arah menjanakan abdomen budi Bahasa adalah dengan pengamalan nila-nilai murni dalam teras kehidupan sarwajagat. Perkara utama yang menjadi nuansa antara individu ialah sikap dan pembawaan sahsiah diri.
Budi bahasa bertunjangkan kepada pembentukan akhlak dan moral yang sempurna. akhlak berasal daripada perkataan Arab bermaksud budi pekerti seseorang individu. Hal ini merujuk kelakuan atau watak serta gerak-geri. Istilah akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang buruk atau sempurna, tetapi hanya membawa konotasi kelakuan sahaja. Istilah moral pula sentiasa dikaitkan dengan tingkah laku yang sesuai dengan peraturan dan norma masyarakat. Moral berasal daripada perkataan Latin, iaitu  moralis yang membawa maksud tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan tatasusila dan peraturan sesebuah induk masyarakat. Etika pula didefinisikan sebagai sains moral yang terdapat dalam masyarakat sama ada baik atau buruk. Perkataan etika ini berasal daripada Bahasa Greek, iaitu ethos yang bermaksud satu cara hidup atau satu susunan peraturan tingkah laku untuk melicinkan perjalanan sesuatu pentadbiran atau pengurusan seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan lain-lain.
Seperti yang terkandung dalam prinsip kelima Rukun Negara, “kesopanan dan kesusilaan”, dua elemen ini saling berhubung antara satu sama lain. Kesopanan akan membuahkan bneih-benih kesusilaan. Buah kesusilaan yang mekar dan ranum akan memberikan kekuatan kepada perwatakan individu. Pengamalan nilai-nilai murni secara tuntas akan membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif. Prospek pembangunan induk negara bukan bertunjangkan elemen fizikal, malahan bergantung kepada penerapan teras nilai-nilai murni dalam masyarakatnya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA TERJADINYA ISU

1.Ibu bapa
·                  Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
·                  Terlalu sibuk dengan kerjaya
·                  Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
·                  Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
2. Kemajuan teknologi
·                  Budaya luar yang mudah diikuti
·                  Memberi pengaruh yang kurang baik
·                  Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
·                  Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
3. Diri sendiri/Remaja/Masyarakat
·                  Menganggap tidak penting
·                  Kolot dan memalukan
·                  Bangga dengan status (anak orang berada)
·                  Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
·                  Kurang didikan agama
·                  Kurang perpaduan negara
 4.Sekolah
·                  Kempen di sekolah kurang berkesan
·                  Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
·                  Terlalubergantung terhadap kerajaan
5.Kerajaan
·                  Tidak mementingkan budi bahasa(terutamanya kakitangan awam)
·                  Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat
·                  Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan

DATA




Langkah-langkah mengatasi isu

AMALAN NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA

INSTITUSI KEKELUARGAAN
Antara Ibu Bapa dan Anak
• Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak.
• Ibu bapa mesti menunjukkan teladan terbaik.
• Mendidik anak-anak supaya patuh kepada orang tua.
• Menyayangi mereka
INSTITUSI KEMASYARAKATAN
Masyarakat Umum
• Saling menghormati dan memberi bantuan kepada warga tua, warga istimewa dan kanak-kanak.
• Bertimbang rasa adalah amalan budi yang amat baik.
•Tidak perlu bercakap dengan suara yang tinggi dan bising di tempat awam.
• Jangan membuang sampah di merata tempat.
•Tunjukkan budi bahasa yang mulia terhadap semua orang, pelawat atau pelancong dari luar.
INSTITUSI PEMBELAJARAN
Antara Guru dan Pelajar
• Guru sentiasa mendidik murid-murid bukan sahaja dengan ilmu bahkan budi bahasa dan akhlak.
• Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik.
 • Ucapan “Selamat Pagi” dan “Assalamualaikum” merupakan amalan terbaik antara pelajar dan guru.
• Berdisiplin termasuk beratur dalam perhimpunan mingguan, masuk ke dewan, duduk dalam bilik darjah dan ketika bertemu guru dan Pengetua.
 • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
• Amalan budi bahasa boleh mengelakkan masalah sosial.
 • Nilai-nilai murni adalah pelengkap kepada semua nilai yang diajarkan dalam pendidikan agama dan moral.
INSTITUSI PERKHIDMATAN
Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin
• Layanan yang baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra.
•Ketua harus mempunyai ketinggian budi Bahasa dan nilai-nilai baik untuk diteladani orang bawahan.
•Menghormati anggota yang dipimpin serta menunjukkan sikap dan hubungan mesra.
•Baik sangka dan sedia menerima pandangan anggota yang dipimpin.
• Memberi teguran secara berhemah dan mematuhi peraturan.
•Ketua yang baik perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
•Tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dirumuskan ialah orang yang banyak menabur budi hendaklah diteladani dan di ambil iktibar kepada generasi muda yang bakalmemimpin negara kelak. Bak kata pepatah :

Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama.

Oleh itu jelaslah bahawa orang pada zaman dahulu menyifatkan budi yang baik akan dikenang untuk selama-lamanya. Orang-orang yang berbudi akan dikenang dan menjadi pedoman kepada masyarakat setempat. Budi baik seseorang juga akan diberi ganjaran pada akhirat kelak. Kita sebagai masyarakat malaysia hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya dipandang mulia kepada negara lain khususnya.



Comments

Popular Posts